Pulau Pangkor
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor boleh diterokai dengan berjalan kaki, atau menggunakan kenderaan darat seperti menaiki teksi Pangkor, kereta atau motosikal. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.
Pada 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan.[1]
Pulau Pangkor merupakan antara salah satu kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Setelah ia diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai, satu unit khusus Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2022 yang berperanan mengurus segala perkara di Pulau Pangkor termasuk pembangunan, perancangan, promosi dan pelancongan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama dengan peninggalan sejarah antaranya adalah campur tangan Inggeris dengan kesultanan Tanah Melayu suatu ketika dahulu; Perjanjian Pangkor.
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan dagangan-dagangan lain dari negeri Perak. Terdapat aktiviti lanun selalu terjadi di perairan Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan perjanjian ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).
Cara ke Sana
[sunting | sunting sumber]- Perjalanan dari Kuala Lumpur, melalui Lebuh raya Utara Selatan, diikuti susur keluar Gopeng dan masuk ke arah Lumut/Sitiawan.
- Juga boleh menggunakan Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor, diikuti susur keluar Kuala Selangor dan menggunakan laluan FR5 (Jalan Teluk Intan- Klang), and masuk semula ke WCE untuk ke Lumut/ Sitiawan.
- Perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pangkor mengambil masa selama kurang lebih 1 jam atau sejauh 90 km Barat daya bandar Ipoh dengan mengguanakan Lebuh raya Ipoh-Lumut atau Lebuhraya Pantai Barat. Untuk memasuki Pulau Pangkor, perlulah melalui jalan air iaitu dengan menaiki feri. Terdapat sebuah jeti awam di Lumut dengan waktu perjalanan selama 30 minit.
- Terdapat satu lagi jeti kompleks di Marina Island Pangkor dengan waktu perjalanan selama 15 minit.
- Tambang feri dikenakan sebanyak RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak bagi dua hala.
- Terdapat Jalan Udara iaitu dengan menaiki Kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang. (2023: beroperasi untuk penggunaan persendirian sahaja).
- Untuk mengelilingi Pulau Pangkor, boleh menaiki Teksi Pangkor dengan kadar RM40.00~ RM80.00 bagi pusingan satu pulau.
Penduduk
[sunting | sunting sumber]- 1999: terdapat seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
- 2015: dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.
- 2023: Seramai 10,900 orang penduduk di Pulau Pangkor yang di rekodkan.
Tempat-tempat menarik
[sunting | sunting sumber]Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong:
- Kota Belanda
- Batu bersurat Pangkor
- Pantai Pasir Bogak
- Pantai Teluk Nipah
- Masjid Al-Badr (Masjid 1000 Selawat)
- Masjid Al-Khairiah (Masjid 1000 Doa)
- Tokong Fu Lin Kong
- Kuil Sri Pathirakaliamman
- Pekan Pangkor
- Teluk Segadas
- Teluk Dalam
- Teluk Ketapang
- Sungai Pinang Kecil
- Kilang ikan bilis
- Pantai Puteri Dewi
- Coral Bay
Gugusan Pulau Pangkor
[sunting | sunting sumber]- Pulau Mentagor
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)
- Pulau Sembilan
Masjid
[sunting | sunting sumber]- Masjid Al-Badr (Masjid 1000 Selawat) Kampung Teluk Gedung, 32300 Pulau Pangkor Perak
- Masjid Al-Khairiah (Masjid 1000 Doa) Sungai Pinang Kecil, 32300 Pulau Pangkor Perak
- Masjid Telok Raja Bayang Pekan Pangkor, 32300 Pulau Pangkor Perak
Draf Perancangan
[sunting | sunting sumber]Draf Rancangan Tempatan Pulau Pangkor (DRTPP) dilaksanakan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Zon Pembangunan
[sunting | sunting sumber]- zon pembangunan pelancongan
- zon pengekalan
- zon pembangunan terhad
- zon pelancongan budaya
- zon pembangunan bercampur
- lapangan terbang
- sungai/laut
- jalan raya, trek pejalan kaki dan kontor.
Lima Kawasan Perancangan
[sunting | sunting sumber]Kawasan Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan, iaitu:
- Teluk Dalam
- Teluk Cempedak
- Sungai Pinang
- Teluk Segadas
- Pangkor Laut.
Guna tanah
[sunting | sunting sumber]Hanya 30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.
- perdagangan dan pelancongan 14.35%
- perumahan 11.09%,
- Pembangunan perdagangan termasuk rumah kedai, pejabat, kompleks perdagangan, pusat makanan dan gerai.
- Pembangunan pelancongan termasuk hotel, chalet, rumah tumpangan, kedai cenderamata dan sebagainya.
Kemudahan awam
[sunting | sunting sumber]- Di Teluk Dalam akan dibina pondok polis, perumahan kakitangan kerajaan dan pusat penerangan pelancongan. Teluk Dalam sebagai Bandar Marina.
- Di Sungai Pinang akan dibina pejabat penghulu, perpustakaan dan hospital.
- Teluk Nipah dimajukan sebagai Pusat Perkhidmatan Baru
Komponen-komponen yang akan dimajukan di kedua-dua kawasan ini termasuklah kawasan perniagaan, pusat kebudayaan, kraftangan, hotel, pusat persidangan, pusat pameran maritim dan sebagainya.
- Hutan Simpan Pulau Pangkor - dimajukan sebagai eko-pelancongan dan hutan lipur. Diadakan pusat maklumat, rintis hutan iaitu taman tumbuh-tumbuhan dan herba. Kemudahan di hutan lipur seperti trek pejalan kaki, titi gantung, menara pandang, kemudahan berehat, musalla, tandas awam, papan penamaan pokok dan sebagainya akan dimajukan.
- Teluk Chempedak dijadikan pusat kraf tangan, hasilan laut, makanan ringan serta produk pelancongan yang diusahakan secara kecil-kecilan. Perusahaan membaik pulih bot nelayan dan kapal.
Lawatan Raja Nazrin Shah
[sunting | sunting sumber]Pada 19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson. Baginda pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Pangkor.
Turut serta ialah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Iskandar Ibrahim (Oktober 27, 2017). "Pulau Pangkor diisytihar pulau bebas cukai". Pulau Pangkor diisytihar pulau bebas cukai.